Monday, December 27, 2010

AYAM ORGANIK-Boleh Ternak di Rumah



Daun Mambu

Ayam Organik dengan Reban ringkasnya

Sekarang ini permintaan ayam organik semakin meningkat, makanan kesihatan ini menjadi pilihan orang ramai yang inginkan kualiti daging yang istimewa dan berkhasiat tinggi, harganya yang mahal dan kurang dipasaran menjadikan ianya satu perusahaan yang mempunyai potensi besar untuk pendapatan lumayan. Membela ayam organik tidaklah sesukar yang disangka, yang penting kita tahu cara pengendaliannya. Buat permulaan tak perlulah kita membina reban berteknologi tinggi seperti yang di usahakan oleh para penternak profesional. Hanya perlu reban biasa untuk ayam berteduh yang diperbuat dari kayu-kayu hutan atau kayu-kayu & papan terpakai berserta atap zing terpakai yang ringkas, cuma ada belanja sikit untuk membuat pagar mata punai, supaya ayam ternakan kita tidak keluar dari sarang dan terlindung dari binatang buas seperti biawak dll.

Projek ayam organik ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam kita, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana ialah pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia yang bahaya untuk tubuh kita.

Ayam organik ini tidak perlu disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, supaya ayam mereka cepat besar. Sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba yang di ekstrak kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan, daun mambu dan lain-lain digunakan sebagai sumber makanan dan antibiotik serta vaksin semulajadi.

Asas Campuran Makanan Ayam Organik

1) HABBATUS SAUDA ( Jintan Hitam-ada jual kat kedai india)-UBAT AYAM

2) TEMUKUT (Beras Hancur)

3) JAGUNG, PADI, UBI KAYU, HAMPAS/ISI KELAPA, KELEDEK, NASI

4) SERBUK IKAN (Kepala ikan bilis pun boleh)

5) HALIA (Dikisar & dikeringkan)

6) PANDAN (Dikisar & dikeringkan)

7) KUNYIT (dikisar & dikeringkan)

8) TULANG HANCUR ( Ikan,Ayam, Kambing & Lembu dll-Sumber kalsium utk tumbesaran ayam)

5) DAUN MAMBU (Untuk Vaksin)

6) AIR BEBAS KLORIN (sumber minuman)


CARA MEMBUAT MAKANAN ORGANIK TERNAKAN

BAHAN-BAHAN:
3 sudu jintan putih (ditumbuk halus)
½ cawan kari daging

1 tong dram jagung atau bahan-bahan asas makanan seperti diatas)
6 kg gula merah
3 kg garam
1 kg serbuk underground rock

CARA-CARA:
1. jagung tadi di kisar kasar

2. campur bahan2 lain di atas, TIDAK PERLU masukkan air
3. simpan dalam tong tersebut, peram 14 hari utk penapaian yg lengkap.
4. kalau keringkan, jadilah ia makanan kering

Selepas pemeraman matang (14hari), makanan ini sudah boleh diberikan pd ternakan samada diberikan sahaja/campur makanan lain@napier/ ambil jusnya dan masukkan dlm minuman.

http://duniaherbahpa.com/2008/07/artikel-ayam-organik-hpa/

http://harizamrry.com/2007/10/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/

Sunday, December 5, 2010

TASAWWUF-Pembina Akhlak Mulia


Dewasa ini manusia terdedah dengan senario penyakit hati yang perlu dirawat segera. Manusia berlumba-lumba mengejar duniawi dalam 'Survival" untuk terus hidup, Manusia terutamanya muslim sudah tidak yakin dengan kada' & kadar Allah SWT. Apa yang datang ambil dan apa yang nampak dikejar ibarat apa yang melintang patah yang membujur lalu yang penting dapat tanpa mengenal haram, dosa, syirik, kurafat dan berbagai lagi bentuk maksiat yang ditegah. Sikap amarah menjadi permainan hidup dalam menjalani kehidupan. Kerana tekanan demi tekanan menghantui disegenap penjuru, menyebabkan hilang adab dan kesopanan. Sifat 'IHSAN' telah hilang sedikit demi sedikit dari jiwa manusia. Jika manusia kembali kepada jalan Allah SWT melalui panduan kehidupan yang disarankan oleh sunnah Rasulullah, manusia pasti hidup bahagia walaupun tanpa harta menggunung atau kediaman bertingkat-tingkat. Kesederhanaan paling utama dalam serba serbi yang penting kita harus faham apa tujuan kita dihidupkan didunia ini, iaitu menyembah ALLAH SWT serta membuat apa yang disuruh olehNYA dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Manusia kini sudah jauh dari Nur Islam, akhlak yang baik dituntut dalam Islam, kerana mempunyai akhlak yang baik bukan sahaja mendapat ganjaran yang besar sisi Allah SWT malah menjamin manusia hidup harmoni dalam keluarga itu sendiri malah kesejahteran hidup sesama manusia didunia ini. Apa itu akhlak yang baik, akhlak yang baik boleh dipelajari dari sifat Rasullulah. Ianya digariskan melalui ilmu akhlak iaitu Ilmu Tasawwuf.

Tasawuf yang sebenar ialah berusaha untuk memilih akhlak sepertimana akhlak RasuluLlah SAW di dalam amalan, percakapan dan segala tindakan serta berpegang teguh dengan apa yang disampaikan oleh syarak iaitu dengan cara mematuhi segala perintah , menjauhi segala larangan dan menyerah diri kepada ketentuan qadha' dan qadar. Ahli tasawuf yang benar ialah seorang yang tidak beramal dengan sesuatu yang bercanggah dengan aula (utama) disamping menjauhkan diri daripada perkara haram dan makruh.

Ilmu tasawwuf selalunya dikaitkan oleh pengamalnya akan mendapat anugerah istimewa (Khawas)/karamah dari Allah SWT seperti ilmu laduni seperti firasat, khasaf, makrifat atau ilmu batin seperti boleh berjalan atas air, boleh pergi kesuatu tempat yang jauh dengan sekelip mata dan berbagai lagi dalam usahanya menghambakan diri kepada yang Esa. Sememangnya Allah SWT BERKUASA untuk menganugerahkan segala keistimewaan tersebut kepada insan yang dipilihNYA dengan keizinanNYA, namun keiklasan beribadat dan menjaga akhlak adalah paling utama. Janganlah mengharapkan sesuatu balasan atau keistimewaan dari ketakwaan kita terhadapNYA.

Pengertian terbaik mengenai Hakikat Tasawwuf adalah dari keterangan Ibnu Khaldun yang menyatakan "asal pokok dari ajaran tasawwuf itu adalah bertekun beribadat, berhubungan langsung pada Allah SWT, menjauhkan diri dari kemewahan duniawi, tidak suka pada harta dan tuah yang diburu orang ramai dan bersunyi sunyi diri dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT " Kesimpulannya bermaksud iaitu menghindarkan diri daripada kelazatan dunia, membersihkan jiwa dan berusaha mencapai cinta Illahi dalam ruang lingkup ketinggian rohani dan mujahadah nafsu.

Ilmu tasawuf adalah cabang ilmu islam yang utama selepas ilmu Tauhid & Fekah.Ilmu tauhid (Iman)membahaskan soal l' tikad mengenai ketuhanan, hari akhirat dan sebagainya, Ilmu fekah ( fiqih)) (tanda keislaman)iaitu membahaskan soal ibadat zahir seperti solat, puasa , zakat , haji dll dan Ilmu tasawuf (menjadi Ihsan) iaitu bertugas membahas soal berkaitan dengan akhlak dan budi pekerti iaitu merangkumi cara-cara ikhlas, kusyu', tawadhu, muraqabah, mujahadah, sabar, ridha, tawakal dll.

Orang islam dianjurkan supaya beri'tikad sebagaimana diatur dalam ilmu tauhid, beribadah sebagaimana diatur dalam ilmu Fiqih dan supaya berakhlak sesuai dengan ilmu Tasawwuf (Budi pekerti mulia, Kesucian hati yang bersih & Rohaniyah(mendekatkan diri dengan Maha pencipta).

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqh tetapi tidak menjalani tasawuf maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqh maka bagaimanakah dia boleh menjadi baik? Kedua-dua ilmu (Fekah & Tasawwuf) ini mempunyai hubungannya yang tersendiri. Sebagai contoh mudah: Untuk mengerjakan solat, seseorang Islam itu perlu mempelajari rukun serta syarat solat terlebih dahulu. Pembelajaran ini termasuk di dalam ilmu fiqh. Namun jika seseorang itu inginkan solat yang sempurna dan berkualiti, maka mereka perlu khusyuk ketika menunaikan solat. Khusyuk pula termasuk di dalam ilmu tasawuf.

Jadi tasawuf adalah program pendidikan yang menumpukan perhatian kepada pembersihan jiwa manusia daripada seluruh penyakit-penyakitnya yang menjauhkan manusia dari ALLah subahanahu wa ta'ala dan membetulkan kelakuan dan perilaku yang menyimpang dalam segala hal yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan ALlah subahanahu wa ta'ala, hubungan sesama manusia dan dengan ego diri. Tarekat tasawuf adalah lembaga yang melaksanakan pembersihan jiwa dan pelurusan perilaku tersebut. Manakala syeikh adalah khadim atau ustaz yang bertugas melakukan hal itu bersama penuntut atau murid.

Jiwa manusia pada tabiatnya merupakan tempat yang di dalamnya terhimpun pelbagai penyakit-penyakit seperti sombong, 'ujub (bangga diri/bongkak), angkuh, egois, kikir (kedekut), marah, riya' (menunjuk-nunjuk), dorongan maksiat dan derhaka, hasrat memuaskan diri dan membalas dendam, benci, dengki, menipu, tamak, dan loba.

Allah SWT berfirman dalam mengungkapkan perkataan isteri al Aziz (penguasa Mesir) yang bererti :
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), sebab sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Yusuf:53)

Oleh itu, orang-orang yang awal daripada para pendahulu kita bersikap arif dan cerdas memandang pentingnya pendidikan akhlaq dan membersihkan peribadi daripada penyakit-penyakit ego agar dapat berjalan selaras dengan masyarakat dan beruntung di dalam melangkah menuju Tuhannya.

Istilah-istilah Tasawwuf

1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan itu.

2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati, tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.

3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.

4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.

5. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama ada ianya benar ataupun tidak.

6. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

Antara ajaran tasawwuf adalah sebagai berikut:

1. Taubat (menyesali atas segala kesalahan & 'Ibrah, yakni mencari cari kesalahan sendiri dan menyesali
serta berjanji tidak mengulanginya lagi)
2. Mujahadah (bersungguh-sungguh beribadat)
3. Khalwat dan Uzlah (bersunyi sunyi dalam melaksanakan ibadat)
4. Taqwa (takutkan Allah SWT,jauhi dari kemurkaaNya iaitu taat pada perintah & laranganNya)
5. Warak (menjauhkan diri dari maksiat dan subhat)
6. Zuhud (anti keduniaan yang berlebihan)
7. Shamat (pendiam-hindarkan dari bercakap kosong)
8. Khauf (takut kepada siksa Allah SWT)
9. Raja' (mengharap rahmat dan keampunan Allah agar diterima segala amalannya)
10. Hazan (membiasakan berdukacita)
11. Ju'wa Tarkus Syahwat (membiasakan lapar dan menahan shahwat)
12. Khusu' dan Tawadhu' (tenang hati dan merendah diri & jaukan dari sifat takbur)
13. Mukhalafatun Nafsi (melawan hawa nafsu)
14. Qana'ah (mencukupkan yang ada)
15. Tawakkul (tawakal kepada Allah SWT; berserah serta rela diatas segala apa yang dikehendaki oleh Allah SWT)
16. Syukur ( berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat)
17. Yaqin (keyakinan yang teguh)
18. Sabar (tahan menderita: jauhkan sikap amarah)
19. Muraqabah (berhadap-hadapan dengan Allah SWT)
20. Ridha (senang hati menerima segala yang ada & menerima kada Allah)
21. Ubudiyah (mengabdi kepada Allah SWT)
22. Iradah (Kemauan: ingin memulakan/melakuan sesuatu amalan baik)
23. Istiqamah (tetap: berpendirian teguh & keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran)
24. Ikhlash (ikhlash kerana & untuk Allah SWT & jauhkan sifat riak)
25. Shiddiq (benar; benar dalam pengucapan & perbuatan)
26. Haya' (pemalu: malu kerana kekurangan-kekurangan diri dalam ibadat)
27. Dzikir ((mengingati Allah SWT)
28. Al Futuwah (mempersiapkan diri untuk berkorban)
29. Firasah (Firasat-berwaspada dengan firasat orang mukmin)
30. Khulq (akhlak yang baik)
31. Jud was Sakha (pemurah tidak kikir)
32. Ghirah (cemburu-menyayangi selain dari Allah SWT)
33. Wilayah (kewalian-melalui ma'rifah: mengenal Allah SWT dengan sempurna (wahdaniyat Allah)
34. Doa (mohon kepada Allah SWT)
35 Fiqr (kemiskinan)
36. Hudur al-qaib (jangan lalai )
37. Al-Ta'zim (merasa dan menyedari keagungan dan kehebatan serta kemuliaan Tuhan)
38. Mahabbah (mencintai akan Allah SWT dan Nabi-melalui tafakkur dan zikrullah)
39. Zikr al-Maut (sentiasa mengingati mati-pendorong untuk sentiasa beribadah dan membuat kebajikan)

Tasawuf itu dari satu sudut merupakan peningkatan tahap keimanan dan kesempurnaannya. Apabila tasawuf itu dicapai dan dirasai hakikatnya ia akan menimbulkan suatu keadaan kejiwaan di mana seseorang itu merasa kasih dan bertanggungjawab terhadap semua manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Mengenai perkara ini Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “tidak beriman seseorang kamu itu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dikasihinya untuk dirinya sendiri”. Demikian juga Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain adalah seumpama binaan di mana sebahagiannya memperteguhkan sebahagian yang lain”.Dengan kata lain, hakikat sebenar tasawuf itu ialah tercapainya kebersihan diri, zahir dan batin. Kebersihan zahir membawa maksud keterikatan anggota lahiriah manusia dengan peraturan atau hukum-hukum agama iaitu apa yang diistilahkan sebagai `ibadah. Kebersihan batin pula bermaksud kebersihan hati dari sifat-sifat tercela (takhalli) dan terhiasnya ia dengan sifat-sifat terpuji (tahalli) iaitu apa yang disebut sebagai `ubudiyyah. Manakala kemuncak kebersihan batin manusia itu ialah terbuangnya sesuatu yang lain dari Allah dari lubuk hati dan nyata kebenaran Allah di cermin hati itu (tajalli) iaitu apa yang dinamakan `ubudah. Kebersihan batin inilah yang membawa kepada tercapainya darjat ihsan seperti yang digambarkan dalam hadis.

Amalan tasawwuf

Adapun amal yang menghasilkan tasawuf itu ialah amal yang berfungsi membersih dan mentawajjuhkan hati kepada Allah iaitu apa yang diistilahkan sebagai mujahadah dan riyadah. Amalan, tata-cara, adab-adab serta tunjuk-ajar dalam melaksanakan mujahadah dan riyadah inilah yang dinamakan tarekat. Mengenai amal tarekat ini, ulama tasawuf menjelaskan bahawa tarekat itu ialah engkau mengqasadkan hatimu kepada-Nya. Iaitu bermaksud, tarekat itu ialah berusaha sedaya upaya mentawajjuh dan menumpukan tumpuan hati kepada Allah menerusi amalan yang dilaksanakan. Apabila tawajjuh hati mula dicapai dan dirasai serta menjadi semakin kuat dan teguh, ia akan membawa kepada penyaksian batin (mushahadah) terhadap hakikat-hakikat tauhid iaitu apa yang disebut hakikat. Mengenai hakikat ini ulama tasawuf menjelaskan bahawa hakikat itu ialah engkau menyaksikan-Nya.


Intipati dari semua amal mujahadah dan riyadah yang membawa kepada tercapainya tasawuf itu ialah zikir. Menurut Ibn Qayyim, semua amal itu disyariatkan adalah untuk melaksanakan dhikrullah, iaitu apa yang dimaksudkan dengan amal-amal itu ialah dhikrullah. Menurut beliau lagi, tidak ada jalan untuk mendapatkan ahwal dan ma`rifah itu kecuali menerusi zikir. Zikir sebagai amal penting dalam riyadah dan mujahadah ini dapat dilihat kebenarannya dalam banyak pertunjuk Nabi s.a.w. kepada para sahabat r.a. Dalam satu riwayat, Nabi s.a.w. ada menganjurkan para sahabat supaya memperbaharui iman. Mereka bertanya tentang cara bagaimana iman itu dapat diperbaharui. Nabi s.a.w. menjelaskan dengan sabda baginda yang bermaksud “perbanyakkan menyebut La ilaha illallah”. Memperbaharui iman itu bukan bermaksud menambah kepercayaan-kepercayaan baru, tetapi bermaksud memperteguh, memperdalam dan memperhalusi keyakinan sehingga hakikat-hakikat tauhid yang diimani dapat disaksikan kebenarannya oleh matahati. Caranya ialah selalu mengulangi kalimat tauhid sehingga ia tertanam teguh dalam hati sanubari.


Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. pernah mentalqinkan kalimat tauhid ini kepada sekumpulan sahabat. Shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa kami berada di sisi Nabi s.a.w. ketika baginda bersabda “angkatkan tangan-tangan kamu, lalu katakanlah La ilaha illallah”.


Kesimpulan
Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa tasawuf itu sebenarnya merupakan pencapaian martabat ihsan yang merupakan jiwa agama. Ia adalah satu dari tiga tunggak utama agama Islam. Pencapaian martabat ini bukan sahaja memperteguhkan hubungan seseorang itu dengan Tuhannya dalam bentuk peningkatan nilai keimanan, ibadah dan akhlak, malah juga hubungannya dengan sesama manusia dalam bentuk kewujudan rasa hormat menghormati, tanggungjawab dan keharmonian muamalah.

http://jomfaham.blogspot.com/

http://islambanjar.blogspot.com/

Buku tulisan Tengku Zulkarnain: Ajaran sesat Taimiyah, Salafi & Wahabi Jawapan kepada buku Rekod Merah AA Gym