Thursday, April 14, 2011

STRESS, PUNCA, AKIBAT DAN RAWATAN

Pengasas teori stress atau tekanan perasaan Dr. Hans Selye telah memdefinasikan stress sebagai 'Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya'. Bebanan ini boleh wujud didalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan didalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Tekanan perasaan terbahagi kepada 2 iaitu:


1. Eustress


Tekanan perasaan yang baik dan positif ia amat diperlukan didalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan fokus terhadap apa yang kita kerjakan. Bila kita fokus ianya bermotivasi untuk merangsang menuju kejayaan.


2. DIstress


Tekanan perasaan yang buruk dan negatif seperti marah, runsing, bimbang, takut contohnya akan menjadikan diri ketidakstabilan mental dan tidak rasional, menyebabkan kita hilang fokus atau hilang arah, tidak dapat membuat keputusan akhirnya fikiran menjadi buntu dan bercelaru. dan kita menjadi putus harap atau kecewa seterusnya kita gagal meneruskan apajua kerja atau usaha. Lebih berbahaya jika berlarutan ianya menyebabkan penyakit danmenjadi kemurungan.


Reaksi Badan ketika Stress


Ketika stress, badan kita akan menengeluarkan satu hormon rangsangan yang dipanggil 'adrenaline' kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama yang lain akan menyebabkan perubahan didalam sistem tubuh untuk melindungi diri kita. Apabila stress, denyutan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat, gula, lemak dan kolesterol akan bertambah untuk memberi tenaga pada badan. Pernafasan menjadi laju untuk memberi lebih oksigen.

Salur darah didalam otak akan mengembang. Jika perubahan ini berlarutan dan kita tidak bijak menguruskannya ianya bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan penyakit tententu menyerang kita.


Gejala Stress


FIzikal: Keletihan, pening kepala, sakit badab terutama dibahagian bahu dan belakang, Loya, ketar badan, sejuk tangan, sakit dada,sejuk tangan dan berpeluh sertadegupan jantung yang kuat.


Mental: Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berfikir, pemikiran bercelaru dan tidak boleh bergurau atau berjenaka.


Emosi: Risau, bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.


Perangai: Keluh resah, makan berlebihan, merokok, minu arak, menjerit-jerit, maki hamun, suka mengungkit, sentiasa menyalahkan orang lain dan bertindak agresif.


Penyakit berpunca dari dari Stress


Sakit Jantung dan Angin Akmar

Stress akan menambahkan asid lemak menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutup salurah pembuluh darah. Tekanan darah tinggi akan memudahkan proses darah membeku dan boleh menyebabkan sakit jantung dan angin ahmar.


Insomnia atau susah tidur

Permasalahan yang timbul akibat ketidakstabilan fizikal dan mental akan membawa kepada sukar untuk tidur.


Kencing Manis

Apabila gula dalam badan dikeluarkan secara berlebihan untuk menambah tenaga akan terkumpul.


Gastrik dan ulser.

Peningkatan asid dalam sistem penghazaman.


Infeksi atau jangkitan kuman seperti selsema.

Tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran bahan bahan 'catecholamines' seperti 'epinephrine' dan 'norepinephrine' kedalam darah Bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan. virus menjadi aktif sekali gus memudahkan kuman-kuman penyerang.


Asthma

Apabila sistem pertahan menjadi lemah memudahkan reaksi tertentu berlaku dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah.



Rawatan


Ketidakstabilan mental adalah menyebab utama stress, otak kita memerlukan rawatan. Apabila dibebani dengan berbagai tekanan, saluran darah didalam otak menjadi kembang. Ketika ini saraf-saraf otak menjadi lemah dan kurang aktif untuk berhubungan. Disaat ini gelombang otak memerlukan ketenangan. Didalam Islam menganjurkan ritual tertentu untuk mengaktifkan kembali saraf-saraf otak tersebut. Amalan berzikir bukan sahaja membawa kita mengingati Allah SWT, tetapi ianya adalah terapi jiwa yang utuh, dengan berzikir kita akan sedar siapa diri kita yang sebenar, kenapa kita dijadikan dan untuk apa kita dihidupkan didunia ini. Kesedaran ini membawa kita kepada sifat ehsan (sabar, pemurah, ringan tangan, pengasih, sentisa senyum, pemurah dan sifat positif ), iaitu sifat sifat mulia yang sentiasa redha dan tawaduk kerana kita sedar bahawa Allah SWT sentiasa menguji keimanan makhlukNya.


Kajian saintifik menyatakan apabila kita mengamalkan sesuatu kalimah positif yang sama diucapkan secara berulang-ulang, saraf-saraf di otak akan saling berhubungan dan menjadi aktif. Kesannya kita akan menjadi lebih bijak, kreatif, produktif dan inovatif. Kita menjadi lebih fokus, sentiasa berada dilandasan yang betul apabila membuat sesuatu keputusan.Kajian itu juga menyatakan apabila kita dalam keadaan tenang atau istirehat, gelombang otak (Brainwave) akan berada dalam kondisi ALPHA (8hz-12hz).Ianya adalah frekuensi pengendali, penghubung fikiran sedar dan dibawah sedar (separa sedar). Dikatakan inilah keistimewaan otak manusia, kita hanya menggunakan 10% dari kemampuan minda, sementara 90% dari bahagian minda yang jarang digunakan secara maksima ini dipanggil minda separa sedar. Bahagian separa sedar ini merupakan 'storage' atau penyimpan data sepanjang hidup manusia, segala bentuk pemikiran buruk dan baik tersimpan didalamnya. Jika kita dapat memanfaatkan kelebihan minda separa sedar ini, maknanya sedikit sebanyak akan menyelesaikan masalah kehidupan kita .


Itulah kuasa ALLAH SWT, Dia Maha mengetahui setiap sesuatu, Maknanya ketika berzikir itulah sebenarnya kita berada di antara alam sedar dan separa sedar dimana setiap kalimah zikir yang ucapkan menghubungkan denganNYA dan meyakinkan kita bahawa Allah SWT akan menolong kita. Allah SWT berfirman,bermaksudnya 'jika hambaKu mengingati Aku, nescaya Aku akan dekat padanya'. Apa yang ditunggu lagi, berzikir adalah amalan mulia dan besar fadilatnya disisi Allah SWT.

Thursday, March 31, 2011

SAKIT KEPALA, PUNCA DAN CARA RAWATAN


Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka.

Punca Sakit Kepala

Vaskular, penyebab migrain
Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain boleh sembuh jika pengidapnya didalam tahap permulaan setelah 4-72 jam. Pengidap migrain akan merasa sakit kepala yang amat sangat, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Ertinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada lelaki.

Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah berbeza dari sakit kepala vaskular. Ianya sering menyerang kaum lelaki. Menurut Cluster Headache Support Group nisbahnya enam lelaki berbanding satu pengidap jenis cluster. Rasa sakitnya amat menyiksa, ianya menyerang sehingga selama 15-180 minit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali diwaktu malam ketika waktu mahu tidur, dan berlarutan selama 4-8 minggu.

Myogenik
Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, dahi, kulit kepala, atau rahang. Penyebabnya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga kerana stres, gelisah dan depresi. Tidak menghairankan bila sakit kepala ini termasuk yang paling biasa, dengan intensi yang ringan hingga ke sederhana. Kadangkala rasa sakit diikuti dengan menurunnya nafsu makan.

Keradangan
Ini adalah jenis kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau yang disebabkan keradangan di dalam kepala. Kebiasaanya sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan ditambah dengan reaksi alergik.

Traction
Biasanya disebabkan oleh lesu yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan dalaman salur darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.

Cara untuk mengurangkan sakit kepala

Membaca Al-Quran dan berzikir
Sentiasa mengamalkan membaca Surah Al -Fatihah, Qul huallah & Selawat Nabi

Senaman
Jika Anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan pengubatan secara berkala, maka olahraga merupakan caranya. “Ketika anda bergerak aktif, stamina akan meningkat ianya akan mengurangkan stres dan tidur akan lebih nyenyak. Jogging, jalan cepat, berenang adalah senaman yang digalakkan tetapi tidak sesuai dengan pengidap migrain.

Minum Air
Anda disarankan minum 8 gelas sehari. Hidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar punca sakit kepala. “Jika tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cairan yang sudah ada dan memberi isyarat ‘kehausan’, iaitu sakit kepala atau migrain.

Makanan Ringan
Ketika anda pulang dari pejabat tiba-tiba anda sakit kepala yang amat sangat. Baru anda sedar bahawa sudah berjam-jam lamanya anda tidak mengisi perut hari itu. Ketika tubuh tidak mendapat makanan, badan anda akan kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Beri aku makanan. Aku kelaparan!”
Ambillah makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula , untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah anda kembali normal.

Kafein
Selain berfaedah untuk hilangkan mengantuk, kopi memiliki kelebihan lain, iaitu kandungan kafeinnya boleh mengawal rasa sakit kepala.
Selain itu, kafein juga boleh mempermudahkan penyerapan ubat migrain. Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik / mengendurkan pembuluh darah.

Tidur
Cuba untuk tidur selama 8 jam sehari. Tidur terlalu banyak atau sedikit boleh menimbulkan sakit kepala.

Rehatkan diri.
Mengadap komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala, luangkan diri untuk berihat seketika dengan berjalan melihat luar tingkap sambil mengambil udara segar atau bersandar kekerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan atau tidur sekejap antara 15 minit ke 20 minit terutama pada waktu tengahari sebelum waktu zuhur (Sunah Nabi).

Pemakanan
Memakan sayur kangkung setengah masak ( 1 ikat kangkung)

Berendam
Berendam di air hangat juga boleh mengurangkan sakit kepala anda.

Sejukkan Kepala
Ambillah kain lembut atau handuk kecil, lalu basahi dengan air bersuhu dingin. Lalu, lekapkan di kepala dan leher bahagian belakang. Jika dimata, ambil tuala kecil remdam di air suam dan lekapkan di mata beberapa minit dan diulangi beberapa kali hingga lega. Cara tersebut boleh mengurangkan rasa sakit kerana membuat efek relaksasi.

Meditasi.
Saat muncul sakit kepala cubalah untuk bermeditasi. Pejamkan mata, tarik nafas dan tahan selama lima saat kemudian buang secara perlahan. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan begitu anda boleh mengurangkan ketegangan otot penyebab sakit kepala, akibat tekanan psikologi atau tres.

Seks
Berapa kali anda menolak ajakan mesra pasangan kerana sakit kepala?! Jika selalu terjadi, maka sekarang anda perlu mengubahnya, apalagi jika anda ingin segera sembuh dari sakit kepala ini. Seks boleh melepaskan rasa sakit yang menyerang kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga boleh membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang.

Urutan Reflexologi & akupresur (acupresure)
Terapi akupresur ini dilakukan pada titik tertentu di wajah dan tangan anda, yakni:

Titik pada otot temporalis
Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, lakukan urutan pada otot temporalis di kawasan pelipis yang letaknya satu jari di atas mata bagian luar.

Titik di belakang telinga
Gunakan ibu jari untuk mengurut titik di bagian bawah tulang besar di balik telinga anda. Lakukan urutan secara putaran pada bahagian ini atau secara melintang kearah belakang kepala.

Titik antara mata
Gunakan jari tengah dan ibu jari, urut perlahan titik di atas hidung di antara kedua mata, tarik ke atas hingga anda merasakan tekanannya di sekitar alis.Dua jari tersebut menolak secara bertentangan merintasi atas alis hingga ke kening.

Titik antara ibu jari dan telunjuk
Gunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan untuk menekan titik di antara ibu jari dan telunjuk tangan kiri anda. Titik akupresur ini memberikan kesan menenangkan ke bagian kepala anda yang terasa sakit.