Thursday, April 14, 2011

STRESS, PUNCA, AKIBAT DAN RAWATAN

Pengasas teori stress atau tekanan perasaan Dr. Hans Selye telah memdefinasikan stress sebagai 'Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya'. Bebanan ini boleh wujud didalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan didalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Tekanan perasaan terbahagi kepada 2 iaitu:


1. Eustress


Tekanan perasaan yang baik dan positif ia amat diperlukan didalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan fokus terhadap apa yang kita kerjakan. Bila kita fokus ianya bermotivasi untuk merangsang menuju kejayaan.


2. DIstress


Tekanan perasaan yang buruk dan negatif seperti marah, runsing, bimbang, takut contohnya akan menjadikan diri ketidakstabilan mental dan tidak rasional, menyebabkan kita hilang fokus atau hilang arah, tidak dapat membuat keputusan akhirnya fikiran menjadi buntu dan bercelaru. dan kita menjadi putus harap atau kecewa seterusnya kita gagal meneruskan apajua kerja atau usaha. Lebih berbahaya jika berlarutan ianya menyebabkan penyakit danmenjadi kemurungan.


Reaksi Badan ketika Stress


Ketika stress, badan kita akan menengeluarkan satu hormon rangsangan yang dipanggil 'adrenaline' kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama yang lain akan menyebabkan perubahan didalam sistem tubuh untuk melindungi diri kita. Apabila stress, denyutan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat, gula, lemak dan kolesterol akan bertambah untuk memberi tenaga pada badan. Pernafasan menjadi laju untuk memberi lebih oksigen.

Salur darah didalam otak akan mengembang. Jika perubahan ini berlarutan dan kita tidak bijak menguruskannya ianya bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan penyakit tententu menyerang kita.


Gejala Stress


FIzikal: Keletihan, pening kepala, sakit badab terutama dibahagian bahu dan belakang, Loya, ketar badan, sejuk tangan, sakit dada,sejuk tangan dan berpeluh sertadegupan jantung yang kuat.


Mental: Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berfikir, pemikiran bercelaru dan tidak boleh bergurau atau berjenaka.


Emosi: Risau, bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.


Perangai: Keluh resah, makan berlebihan, merokok, minu arak, menjerit-jerit, maki hamun, suka mengungkit, sentiasa menyalahkan orang lain dan bertindak agresif.


Penyakit berpunca dari dari Stress


Sakit Jantung dan Angin Akmar

Stress akan menambahkan asid lemak menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutup salurah pembuluh darah. Tekanan darah tinggi akan memudahkan proses darah membeku dan boleh menyebabkan sakit jantung dan angin ahmar.


Insomnia atau susah tidur

Permasalahan yang timbul akibat ketidakstabilan fizikal dan mental akan membawa kepada sukar untuk tidur.


Kencing Manis

Apabila gula dalam badan dikeluarkan secara berlebihan untuk menambah tenaga akan terkumpul.


Gastrik dan ulser.

Peningkatan asid dalam sistem penghazaman.


Infeksi atau jangkitan kuman seperti selsema.

Tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran bahan bahan 'catecholamines' seperti 'epinephrine' dan 'norepinephrine' kedalam darah Bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan. virus menjadi aktif sekali gus memudahkan kuman-kuman penyerang.


Asthma

Apabila sistem pertahan menjadi lemah memudahkan reaksi tertentu berlaku dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah.



Rawatan


Ketidakstabilan mental adalah menyebab utama stress, otak kita memerlukan rawatan. Apabila dibebani dengan berbagai tekanan, saluran darah didalam otak menjadi kembang. Ketika ini saraf-saraf otak menjadi lemah dan kurang aktif untuk berhubungan. Disaat ini gelombang otak memerlukan ketenangan. Didalam Islam menganjurkan ritual tertentu untuk mengaktifkan kembali saraf-saraf otak tersebut. Amalan berzikir bukan sahaja membawa kita mengingati Allah SWT, tetapi ianya adalah terapi jiwa yang utuh, dengan berzikir kita akan sedar siapa diri kita yang sebenar, kenapa kita dijadikan dan untuk apa kita dihidupkan didunia ini. Kesedaran ini membawa kita kepada sifat ehsan (sabar, pemurah, ringan tangan, pengasih, sentisa senyum, pemurah dan sifat positif ), iaitu sifat sifat mulia yang sentiasa redha dan tawaduk kerana kita sedar bahawa Allah SWT sentiasa menguji keimanan makhlukNya.


Kajian saintifik menyatakan apabila kita mengamalkan sesuatu kalimah positif yang sama diucapkan secara berulang-ulang, saraf-saraf di otak akan saling berhubungan dan menjadi aktif. Kesannya kita akan menjadi lebih bijak, kreatif, produktif dan inovatif. Kita menjadi lebih fokus, sentiasa berada dilandasan yang betul apabila membuat sesuatu keputusan.Kajian itu juga menyatakan apabila kita dalam keadaan tenang atau istirehat, gelombang otak (Brainwave) akan berada dalam kondisi ALPHA (8hz-12hz).Ianya adalah frekuensi pengendali, penghubung fikiran sedar dan dibawah sedar (separa sedar). Dikatakan inilah keistimewaan otak manusia, kita hanya menggunakan 10% dari kemampuan minda, sementara 90% dari bahagian minda yang jarang digunakan secara maksima ini dipanggil minda separa sedar. Bahagian separa sedar ini merupakan 'storage' atau penyimpan data sepanjang hidup manusia, segala bentuk pemikiran buruk dan baik tersimpan didalamnya. Jika kita dapat memanfaatkan kelebihan minda separa sedar ini, maknanya sedikit sebanyak akan menyelesaikan masalah kehidupan kita .


Itulah kuasa ALLAH SWT, Dia Maha mengetahui setiap sesuatu, Maknanya ketika berzikir itulah sebenarnya kita berada di antara alam sedar dan separa sedar dimana setiap kalimah zikir yang ucapkan menghubungkan denganNYA dan meyakinkan kita bahawa Allah SWT akan menolong kita. Allah SWT berfirman,bermaksudnya 'jika hambaKu mengingati Aku, nescaya Aku akan dekat padanya'. Apa yang ditunggu lagi, berzikir adalah amalan mulia dan besar fadilatnya disisi Allah SWT.