Monday, May 7, 2012

DIARI AMALAN SEORANG MUSLIM



Diari Mukmin berasaskan 7 Sunnah yang dilakukan Rasullullah pada setiap hari sepanjang hidupnya menjadi Rasul, dikatakan 7 Sunnah itu adalah:

Sembahyang Berjamaah
Rasullullah akan solat berjemaah bersama para sahabat setiap kali solat waktu.

Bersedekah
Selepas solat subuh berjemaah Rasulullah akan bersedekah sebaik keluar dari masjid.

Solat Dhuha
Dirumah Rasullullah akan melakukan solat Duha, kerana terdapat keberkatannya yang amat besar dari segi ganjaran pahala.

Solat Tahajud
Selepas solat isyak selalunya Rasullulah akan tidur sekejap dan bangun pada sepertiga malam untuk melalukan sembahyang Tahajud.

Membaca Al-Quran
Selesai melakukan solat tahajud Rasullulah akan membaca Al-Quran sehingga fajar untuk melakukan solat subuh.

Berzikir
Baginda senantiasa berzikir

Senantiasa Berwuduk
Baginda Rasullulah senantiasa dalam keadaan berwuduk.

Semoga 7 Sunnah ini akan menjadi pedoman kita hendaknya.

Kita sebagai umat Baginda setidak-tidaknya cuba sedaya upaya untuk mencontohi cara ibadah Baginda Rasullullah, supaya kita mendapat berkat dan diredhai oleh Allah SWT. Dibawah ini di paparkan bagaimana rutin seharian yang mungkin kita mampu untuk dilakukan oleh seorang muslim. Diari Mukmin dibawah hanyalah sebagai PANDUAN ASAS selebihnya adalah tertakluk kepada niat ikhlas anda untuk beribadat dan melakukan amalan yang telah di syariatkan oleh ALLAH SWT. Kalau anda ada yang lebih baik, berkongsilah dengan rakan-rakan semuslimin yang lain, semoga usaha anda akan diberkati oleh ALLAH SWT hendaknya. Semua niat-niat sembahyang yang tertera dibawah ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.
  1. 5.00 am • BANGUN TIDUR • Doa bangun tidur: Alhamdulilahi ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaih nusyur. Ertinya: Segala puji bagi Allah yang yang menghidupkan akau kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah aku bangkit.
  2. NIAT PUASA RAMADHAN "Nawaytu Shawma Ghadin , ’An ada’i fardhi syahri ramadhana hadzihi s-sanati lillahi ta’ala. Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari fardu bulan ramadan Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala. Doa Masuk Tandas: Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its. Ertinya: Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan. Doa Keluar Tandas: Ghufranaka alhamdulillahi ladzi adzhaba' anniil adzaa wa'aafaanii wa abqaa maa yan fa' unii. Ertinya: Dengan menhharap ampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku. yang telah menyelamatkan aku dan yang telah mensisakan yang bermanfaat bagiku.NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDUK Usalli sunnatal wudu'i rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat selepas berwuduk. NIAT SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID Usalli sunnatal Tahiyyatul Masjid raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat bila-bila sahaja ketika memasuki ke dalam Masjid. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH (FAJAR) Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat. (Solat sebelum Subuh juga dikenali sebagai Solat Sunat Fajar)
  3. 5.40am • SOLAT SUBUH (berjemaah dan bersedekah) •
  4. 7.30am • Doa Makan: Allahumma baarik lanaa fii maa rozaqtanaa wa qinna' adzaabannaari. Ertinya: Wahai tuhannya berkatilah rezeki yang telah Engkau Limpahkan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.Doa Selepas Makan:Al hamdulil laahil ladzh ath'amanaa wa saqoona wa ja'alnaa muslimiina. Ertinya: Segala puji bagi Allah, yang telah memberikan makan dan minum kepada kami, serta menjadikan kami dari golongan orang-orang yang berserah (kepada Allah). PERGI KERJA SAMBIL ITU BUATLAH AMAL KEBAJIKAN, BERPESAN PESAN SESAMA INSAN, INGAT MENGINGATI, BERBUAT BAIK, SEBARKAN DAKWAH ISLAMIAH DAN BERBAGAI LAGI AKTIVITI SEBAGAI MUKMIN
  5. 8.00am • KALAU TIDAK BEKERJA DAN ADA MASA TERLUANG, MENGAJI QURAN ATAU BERZIKIR10.00am • NIAT SEMBAHYANG SUNAT DHUHA Usalli sunnatal Dhuha rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan ketika matahari sedang naik, dua hingga dua belas rakaat boleh dibuat namun rakaat sebenar tidak terbatas, selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah kemudahan mendapat rezeki dari Allah InsyaAllah. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
  6. 1.30noon • SOLAT ZOHORNIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
  7. 4.30pm • SOLAT ASAR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.
  8. 5.00pm • AKTIVITI KEKELUARGAAN ATAU KEMASYARAKATAN
  9. 7.20pm • NIAT BERBUKA PUASA RAMADHAN : 'Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin" Ertinya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
  10. 7.30pm • SOLAT MAGHRIB NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT AWABIN Usalli sunnata auwabina raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat awabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua puluh rakaat ataupun sekurang-kurangnya dua rakaat. Waktunya diantara Maghrib dan Isyak, sembahyang ini adalah sama seperti sembahyang sunat taubat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
  11. 8.30pm • SOLAT ISYAK • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
  12. 9.00pm • SOLAT TERAWIH (8-20 Rakaat)• NIAT SOLAT TERAWIH: 'Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala'. Ertinya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta'alaSOLAT WITIRNIAT SOLAT WITIR : Witir 2 rakaat ' Usolli sunatal witri Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala sahaja aku solat witir dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala. Selesai solat witir 2 rakaat, bangun dan sambung solat witir 1 rakaat Niat Witir 1 rakaat: 'Usolli sunatal witri Rak’a tan (Makmuman) Lilaahi Ta'ala. Ertinya: Sahaja aku solat witir satu rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala.
  13. 9.30pm • TIDUR  • Doa: Bismikallahumma ahya wa amutu. Ertinya: Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan mati
    1. Sebelum tidur baca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk
  14. 1.30 tengahmalam • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT TASBIH Usalli sunnatat Tasbihi rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Boleh dilakukan bila-bila masa. Caranya selepas bacaan Al-Fatihah hendaklah disambung dengan tasbih "subhanallah" sebanyak 15 kali, habis Ruku 10 kali, I'tidal 10 kali, duduk diantara dua sujud 10 kali, duduk istirehat sebelum berdiri 10 kali begitulah seterusnya sehingga mencapai 300kali. (setiap rakaat 75 kali) Kelebihan solat sunat tasbih adalah Allah akan mengampuni dosa dosa yang terdahulu dan juga yang terkemudian.
  15. 2.00 tengahmalam NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT Usalli sunnatat Taubati rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD Usalli sunnatat Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas pukul 12.00 malam atau sepertiga malam diantara pukul 2.00 - 3.00pagi, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi dengan dua rakaat satu salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.
  16. 2.30 am • TIDUR ATAU JAGA Doa: Bismikallahumma ahya wa amutu. Ertinya: Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan mati (Mengikut Sunnah Rasullullah ketika ini lebih elok kalau kita membaca Al Quran hingga ke subuh) atau sebelum tidur disudahi dengan Solat Witir 2 rakaat atau 1 rakaat.
  17. 4.30 am • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT FAJAR (Solat sebelum subuh) Usalli sunnatal fajri rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta'ala. atau Usalli sunnatal subhi rak'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat subuh dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala..* Dilakukan selepas azan subuh. Kelebihan solat fajar adalah solat yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.
  18. 5.40 am • SOLAT SUBUH Berjemaah • Selepas tasyahud akhir sebelum salam mohon doa perlindungan kepada Allah dari fitnah dajjal iaitu : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam, wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal. Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.
  19. ADAB DIDALAM MASJID  • Baca doa masuk masjid • Selepas berwuduk, tunaikan solat Tahyatul masjid  2 rakaat selepas itu Solat Wuduk 2 rakaat, kemudian  lakukan Solat Mutlaq 2 rakaat, niat Usalli sunattal mutlaq rok'ataini lilahi taala. Lakukan juga Solat Qhada (jika ada tertinggal solat yang terdahulu)  
  20. WIRID SELEPAS SOLAT Selepas solat baca: Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih 3x . Ertinya: Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya • La ilaha illaLLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir 10x. Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu • Allahumma ajirni minal-nar 9x.  Ertinya: Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka. • Allahumma antas salam, waminkas salam, wa ilaika ya 'uudus salam, fahayyina rabbana bis salam, wa ad-khilnal jan-natadaras-salam, tabaa rakta rabbanaa wa ta 'aalaita ya dzal jalaali wal ikram. Ertinya: Ya Allah Engkaulah yg Maha Sejahtera, dan diriMu kesejahteraan, dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami ya Tuhan dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga negeri kesejahteraan, engkau telah memberkati ya Tuhan, dan Engkau telah memuliai wahai yg Maha Agung dan yang Maha Mulia. • Surah Al-Fatihah Wa ilaa hukum ilaahuw wahid Laa ilaa hailla huwar rahmanurrahim sambung Ayatul Kursi (Al-Baqarah ayat 255) • Surah Al-Imran ayat 18 & 19 (syahidawahhu annahu...) • Surah Al-Imran ayat 26 & 27 ( Tuhtil mulkaman tasya hu....) • Surah AL Ikhlas • Surah An-Nas • Zikir mulai ilahii yarobi SUBHANALLAH 33x • Subhanallahi wabihamdihi da i man kho iman abada  sambung AlHAMDULILLAH 33x • Alhamdulilahi robbil a alamina a'la kullaha lewwanikmatin sambung ALLAHU AKBAR 33x • sambung  Allahuakbaru kabiro walhamdullilahi kasiro wasubhanallahi bukratau waasila . La ilaha illaLLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir Wala La Haula Wala Quwwata illa Billahi Aliyil Azim . Ertinya: Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. • Sambung dengan doa Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal  Ertinya: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.” • Sambung dengan doa biasa ...Alhamdulillahi Robbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Saidinamuhammadin Assofilmulsalin waala alihi wasahbihi ajmain....Allahuma Ahyina Bil iman...