Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk bacaan yang telah ditentukan. Membaca Al-Qur’an sebagaimana bacaan sewaktu mula-mula diturunkan, Wajib hukumnya. Membaca Al-qur’an tidak sebagaimana bacaan waktu pertama kali diturunkan, haram hukumnya.
Tajwid adalah disiplin ilmu yang dibuat untuk mengajar pembaca, agar dapat membaca Al-Quran sesuai dengan contoh bacaan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, mempraktikkan tajwid, hukumnya adalah fardhu ‘ain. Setiap orang yang membaca Alqur’an, tanpa kecuali, harus mempraktikkan tajwidnya. Menguasai teori berupa penamaan hukum-hukum tajwid, hukumnya adalah fardhu kifayah. Oleh itu, adalah HARAM bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah ia belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.
Dewasa ini ramai dikalangan umat islam yang boleh membaca al-quran tetapi tidak mengetahui adakah bacaannya betul mengikut tajwid. Mereka harus mengkaji semula bacaan mereka, Kesalahan yang kecil selalu diambil mudah sedangkan ianya boleh mengubah makna asalnya. Kesalahan tersembunyi seperti meninggalkan izhar, idgham, ikhfa', ghunnah, mad pendek serta panjangnya, tafkhim, tarqiq atau kata lain sengaja mengabaikan hukum tajwid secara sedar atau tidak sering terjadi dalam pembacaan mereka.
Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya. Sebahagian Ulama menghukumkannya sebagai Makruh.
Membaca Alqur’an dengan bertajwid hukumnya fardhu ‘ain. Pendapat tersebut didasarkan pada dalil sebagai berikut:
Firman Allah SWT: “Bacalah Alqur’an itu dengan tartil. (Q. S. Al-Muzzammil (73) : 4) Hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili r.a, di mana Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya" Bacalah Quran, maka sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..." (Hadis ke 1338 Sahih Muslim)
PERHATIAN: Apabila sudah mahir dengan tajwid, belajar pula tentang makna isi kalam suci dari ALLAH SWT ini, supaya amalan membaca menjadi lebih kusyuk dan lebih memberi pengertian sebenarnya.
PENGENALAN ASAS HURUF ARAB
Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
- Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan kegusi hadapan
- Baa - Merapatkan kedua bibir
- Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
- Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
- Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Dhod - Melekatkan permulaan lidah dengan gusi dan gigi atas
- Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
- Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
- Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
- Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
- Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
- Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
- Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
- Wau - Membulatkan dua bibir
- Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
- Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit
Sifat Huruf
Ciri-ciri huruf Arab mempunyai berbagai sifat, iaitu bentuk sesuatu huruf. mengetahui sifatnya akan dapat mengenal dan membezakan keadaan sebutannya samaada melantun atau berdesir dan sebutan tebal atau nipis.
Sifat-sifat hurufnya mempunyai lawan atau bandingannya dan ada yang tiada lawannya :
- Jahr (Nyata) huruf Sha lawannya Hams (senyap) huruf Ha
- Shiddah/Syadid huruf Bha (Kuat) & Tawassut (pertengahan) huruf Lam lawannya Rakhawah (Lembut) huruf Ha
- Istila' (tinggi) huruf Tho lawannya Istifal (Merendah) huruf Bha
- Itbaq (Menghimpit) huruf Dhod Lawannya Infitah (Renggang) huruf Bha
- Izlaq (Lancar) huruf Nun Lawannya Ismat (Tertegah-tersekat sekat) huruf Tha
- Sofir (Siulan/Berdesir) huruf Zai
- Mahmus (Berangin) syin
- Tafasysyi (Semburan) huruf Syin
- Istitolah (Memanjang) huruf Shod
- Inhiraf (Lencungan/gulung) huruf Lam
- Takrir (Getaran) huruf Ro
- Ghunnah (Dengung)
- Qalqalah (Pantulan) huruf Khob
- Lin (Lembut) Ya & amp; Wau
ASAS TAJWID
Belajar asas tajwid ini adalah sekadar untuk ingatan penulis mengenai hukum dan pembahagian tajwid sahaja, ianya sebagai nota peribadi untuk menjadi rujukan, boleh dikongsi dengan para pembaca dan disarankan sebaiknya hendaklah belajar ilmu tajwid ini berguru secara ber 'Talaqqi'. Jika ada kesalahan fakta tolong ditunjukkan. Penulis pun dalam perjalanan untuk mempelajari ilmu tajwid ini.
Isti'azah & Basmalah
Setiap kali ingin memulakan bacaan Alquran hendaklah membaca Isti'azah iaitu lafaz:
A'u zubillah hismina syaitonnirrajim.
Maksudnya" Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"
Hukum membacanya adalah sunat yang dituntut
Basmalah adalah ringkasan dari lafaz:
Bismillah hirahmannir rahim Maksudnya " Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Para Surrah bersepakat dalam menetapkan pembacaan Basmallah dalam memulakan awal surah dan antara dua surah adalah wajib kecuali surah At-Taubah. Ianya adalah sunnah Rasullulah.
HUKUM TAJWID
HUKUM NUN SAKINAH & TANWIN
Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris iaitu Nun Mati atau lebih dikenali sebagai huruf NUN menyebutnya melalui hidung menyebabkan keluar bunyi sengau atau dengung. Tanwin adalah tanda baris dua samaada baris dua diatas, dibawah atau didepan. Apabila tanda tanwin ini bertemu dengan huruf Hijaiyah akan mempunyai bunyi Nun. Contoh kalau huruf Baa ada tanda dua baris atas akan menjadi Ban . Bunyi tanwin ini akan terjadi apabila berada di akhir ayat. Terdapat 6 hukum Nun Sakinah iaitu:
1. Izhar Halqi. (Izhar-Jelas, Halqi Kerongkong))
Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf izhar halqi, cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung. Huruf izhar halqi adalah: Ho, Ain, Ha, Ho, Qhin & Hamzah.
2. Idgham Maal Ghunnah. (Idgham-Gabungan & Ghunnah-Dengung)
Bilamana Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Nun, Mim, Wau dan Ya, bacaanya di dengungkan.
3. Idgham Bila Ghunnah.
Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ra dan Lam, bacaannya tidak didengungkan.
4. Izhar Mutlaq.
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ya dan Wau dalam satu kalimah bacaan hendaklah jelas dan nyata tanpa dengung.
5. Iqlab. (Tukar)
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Baa (ada tanda Mim kecil ) maka Nun ditukar menjadi bunyi Mim secara IKHFA (Samar dan Tersembunyi) dengan dengung.
6. Ikhfa Haqiqi
(Ikhfa-Sembunyi & Haqiqi bunyi dari kerongkong).
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu 15 huruf iaitu selain 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1 huruf Iqlab iaitu Tha, Jim, Dal, Zhal, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho, Dho, Fha, Khob dan Khab, sebutan hendaklah secara Izhar (Jelas) dan Idgham berserta dengung. Ikhfa Haqiqi terdiri dari 3 jenis :
- Ikhfa Haqiqi Kubra (Tinggi) - (hurufnya Tha,Zal,Tho) Idgham
- Ikhfa Haqiqi Sugra (Rendah) (hurufnya Khab dan Khob) Izhar
- Ikhfa Haqiqi Wusta (Sederhana) (hurufnya Sha, Jim, Zha, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho dan Faa.
Cara membaca dengan menambah Nun baris bawah (kasrah) sebelum hamzah wasal
Contoh:
Mim Sakinah ialah Mim tidak berbaris atau Mim Mati (Huruf MIM) seperti juga Nun Sakinah, Mim Sakinah mempunyai bunyi dengung bila di baca.
Idgham Syafawi. (Syafawi-Bibir)
Apabila huruf Mim Mati bertemu dengan huruf Mim berbaris hendaklah didengungkan.
Ikhfa Syafawi.
Bilamana huruf Mim mati bertemu huruf Bha, bacaannya hendaklah didengungkan dengan sebutan Mim dibunyikan sebahagiannya sahaja (Ikhfa-tersembunyi-tidak jelas-caranya dengan merenggangkan sedikit bibir)
Izhar Syafawi.
Apabila huruf Mim mati bertemu huruf selain Mim dan Bha cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung.
* Izhar Syafawi Asyad.
Bilamana Mim mati bertemu huruf Wau dan Fha, bacaanya adalah secara Izhar tiada dengung.
(Dengung-Suara Sengau dari pangkal hidung)
Kadar harakat suara dengung dari Nun dan Mim Sakinah adalah 2 Harakat
Wajibal Ghunnah.
Setiap huruf Mim atau Nun yang bersabdu wajib didengungkan dengan sempurna 2 Harakat
IZHAR QAMARI (Alif Lam Qamariah) dan IDGHAM SYAMSI (Alif Lam Syamsiah).
Izhar Qamari (Alif Lam Qamariyyah).
Mensukunkan bacaan Lam pada huruf Alif Lam bila bertemu huruf Qamariyyah (ada tanda Shod kecil diatas Alif) Cara bacaannya hendaklah secara Izhar (jelas) huruf Qamariyah adalah Alif, Bha, Ghain, Ha, Jim, Khab, Wau, Ho, Khob, Ya, Mim dan Ha.
Idgham Syamsi (Alif Lam Syamsiyyah).
Menggabungkan huruf Alif Lam ke 14 huruf Syamsiyyah yang didatangkan sebelumnya (ada tanda shod kecil pada huruf Alif) . Cara bacaannya adalah menggabungkan bunyi Lam kedalam ayat shamsiyyah selepasnya dan mengabaikan bunyi Lam.
Lam Aaliyyah.
Huruf Lam asal, Cara bacaanya adalah Izhar (jelas) menjelaskan Lam Sukun.
MAD
Mad adalah bermaksud menambah atau memanjangkan suara pada huruf-huruf Mad atau huruf-huruf Lin. Kadar Mad disebut sebagai Harakat (tempoh), boleh dikadarkan dengan menggunakan jari yang digenggam dan melepaskan satu persatu jari sebagai tanda satu jari satu harakat. Mad terbahagi kepada 2 iaitu Mad Asli & Mad Far'ie.
MAD ASLI (Mad Tabi'e).
Mad Asli bermaksud Asal-tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau sukun.
Mad Asli ialah huruf mad yang didahului oleh huruf berbaris:
- Alif sebelumnya berbaris atas. Kadar bacaanya 2 harakat (kadar melepaskan 2 jari)
- Wau sebelumnya berbaris depan. Kadar bacaan 2 harakat
- Ya sebelumnya berbaris bawah. Kadar bacaannya 2 harakat
1. Mad 'Iwadh (Ganti).
Ianya terjadi apabila berhenti bacaan (Wakaf) pada baris Tanwin fathat (Baris dua) ketika ini baris dua dibaca dengan baris satu dan Mad 2 harakat.
2. Mad Silah Sughra (sambung).
MAD FAR'IE.
Mad Far'ie ialah bermaksud tambahan -bergantung dengan suatu sebab dalam pembentukannya. Mad Far'ie mempunyai 2 sebab dalam pembentukannya:
- Sebab Maknawi- memanjangkan bacaan kerana penafikan sesuatu secara bersungguh-sungguh.
- Sebab Lafzi-memanjangkan bacaan disebabkan hamzah dan sukun.
Mad 'Aridh Lil Sukun.
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.
Contoh:
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun (Mati) selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Darikata lainnya asalnya terdapat dua hamzah berturut dalam satu kalimah, maka dibuang hamzah kedua Dan diganti dgn huruf mad sesuai dgn baris huruf hamzah pertama. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
- Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
- Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2 harakat. Contohnya:
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Rengkasnya huruf mad bertemu huruf hamzah dalam dua kalimah. Kadar harakatnya 4 atau 5 harakat.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam Al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran.
Contoh:
Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
Mad Jaiz Munfashil Hukmi
Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah.
Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
- Ya' Al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
- Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Contoh:
Mad Lin.
Lin bermakna Lembut/Lunak. Mad Lin terjadi apabila Huruf Lin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.Dinamakan Mad Lin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun. (Huruf Lin-Wau dan Ya)
Contoh:
Mad Silah Qasirah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.
Mad Silah Towilah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie.
Contoh:
Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun. Kadarnya 2 Harakat.
Mad Tabi'e Harfi Mukhaffaf.
Hurufnya ada lima Ya, Ra, Ha Tho & Ha hukum ini terdapat pada awal surah sahaja. Kadarnya adalah 2 Harakat.
Mad Wajib Muttasil.
Huruf Mad bertemu huruf Hamzah dalam satu kalimah. Kadarnya adalah 4 atau 5 Harakat sahaja. Dibaca dengan 6 harakat ketika Wakaf (berhenti).
Contoh:
Mad Ta'zim.
Huruf Mad bertemu pada kalimah la nafiah iaitu huruf Lam Alif bertemu Hamzah. Kadarnya adalah 4 atau 5 Harakat sahaja kerana ia sebahagian Mad Jaiz Munfasil. Ianya boleh dikenali dengan huruf alif ada tanda panjang diatasnya.
Mad Lazim.
Huruf MAD yang disusuli dengan tanda Sukun Asli tetap di dalam bacaan wasal atau wakaf samaada dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Mad Lazim bermaksud tetap kerana ia harus dibaca dengan 6 Harakat tanpa berubah iaitu disebabkan Sukun dalam wasal atau wakaf. Mad Lazim mengandungi 3 jenis:
- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu senang menyebutnya kerana tidak bertasydid dan tidak berdengung. Ianya hanya terdapat pada awal surah sahaja.
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Muthaqqal bermaksud berat iaitu susah untuk menyebutnya disebabkan ada tasydid pada sukunnya. terjadi selepas huruf Mad terdapat sabdu dalam satu kalimah.
- Mad Lazim Harfi Musaqqal. Hukum ini terdapat pada awal surah sahaja.
- Mad Lazim Kalimi Mukhaffa. Selepas huruf Mad terdapat huruf berbaris mati.
PECAHAN HUKUM HAMZAH
Hamzah Qat'ie.
Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
- Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
- Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).
Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:
- Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44.
- Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283.
Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.
- Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:
- Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.
Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka iaditulisbersendirian tanpa rumah.
2. Hamzah Wasal.
Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah. Tanda: Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja.
QALQALAH
Qalqalah ialah bunyi lantunan yang kuat dari makhraj ekoran bacaan huruf bertanda sukun, makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktu yang singkat. Huruf nya ialah Zal, Jim, Bha, Tho & Khob. Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian:
- Qalqalah Sughra. Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
- Qalqalah Kubra. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
- Qalqalah Akbar.Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
TAFHKIM & TARQIQ.
(Tafhkim-Tebal / Tarqiq-Nipis)
Tafhkim & Tarqiq terbahagi kepada 3 Huruf hijaiah
- Huruf-huruf Isti'la' iaitu huruf yang sentiasa di TEBALKAN . semasa menyebutnya, sebahagian besar drpd pangkal lidah terangkat ke langit. Sebutannya kasar & tebal. 7 huruf istila iaitu; Ho,Shod, Dhod, Tho, Dho , Khob & Ain.
- Bacaan huruf yang kadangkala ditebalkan dan dinipiskan mengikut ayat
- Huruf-huruf Istifal iaitu huruf yang sentiasa dinipiskan selain dari huruf LAM dan RA
TAFHKIM
Tafhkim bermaksud bunyi yang Tebal atau Gemuk iaitu KHO, SHOD, DHOD, GHAIN, THO, FA dan DHO. Cara bacaannya apabila huruf Tafhkim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf ALIF dan TIADA ALIF. atau huruf Tafhkim berbaris hadapan, berbaris bawah dan bersukun (MATI).Cara bacaan mengikut tempat iaitu khusu dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafhkim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya ada tiga iaitu Alif, Lam (ALLAH) & Ra selain huruf Istifal (semasa menyebutnya, sebahagian pangkal lidah tidak terangkat ke lelangit iaitu rendah kebawah. Nipis & ringan .Alif, Bha,Tha, Sya, Jim, Ha, Dal, Zhal, Ra, Zai, Sin, Syin, Ain, Fa, Khaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Hamzah & Ya)
Pecahan Hukum RA
Ra sentiasa dibaca dengan tebal dalam tiga keadaan:
- Jika ia berbaris atas diawal , pertengahan dan akhir kalimah secara wasal (sambung).
- Jika ia berbaris hadapan.
- Jika ia berbaris SUKUN dan huruf sebelumnya berbaris diatas atau dibawah.
TARQIQ
Ra' Tarqiq
Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:
- Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
- Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang).
- Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung kalimah.
- Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
- Ra' yang diimalahkan.
Lam Lafzul Jalalah Tarqiq.
Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq (Meringankan dengung) apabila didahului dengan huruf yang berbaris bawah.
WAKAF & IBTIDA'
Wakaf bermaksud adalah tanda arahan berhenti, haram berhenti atau jangan berhenti dan Ibtida' bermaksud menyambung ayat yang sedang dibaca selepas wakaf atau menyambung dari permulaan ayat. Memahami maksud ayat Al Quran amat berguna untuk tujuan Wakaf & Ibtida' kerana kita tahu dimana tempat yang sepatutnya boleh berhenti(Wakaf), supaya maksud ayat tidak rosak atau ayat tergantung. Bagaimanapun para ulama dahulu telah meletakkan tanda tanda wakaf di dalam al-Quran Rasm 'Uthmani untuk memudahkan bacaan.
Wakaf & Ibtida' mempunyai 4 bahagian iaitu:
- Wakaf (Membehentikan bacaan untuk mengambil nafas baru-kerana mahu memulakan bacaan)
- Saktah (Diam-membehentikan bacaan tanpa memutuskan nafas sekadar 2 harakat)
- Qat'u (Memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti membaca-wajib Isti'azah semula)
- Ibtida' (Memulakan bacaan-qathu' perlu isti'azah jika wakaf teruskan bacaan tanpa isti'azah)
Wakaf
Tanda Wakaf
Notes:
1. GHUNNAH -Dengung
2. IDGHAM -Menggabungkan
3. IZHAR -Zahirkan
4. IQLAB -Tukarkan
5. IKHFA -Sembunyi
6. TAFKHIM -Tebalkan dengung
7. MAD -Menambah (panjang/pendek)
8. SUKUN -Tanda Mati
9. TASYDID - Tanda Sabdu
10. TANWIN -Baris
11. WASAL -Menyambung bacaan
12. WAQAF -Memberhentikan bacaan
13. ISTIAZAH - A'uzubillah...
14. KHAISYUM -Bunyi dari pangkal hidung
15. TARQIQ -Meringankan dengung
16. DHOMMAH - Baris Depan
17. FATHAH - Baris Atas
18. KASRAH - Baris Bawah
LATIHAN TAJWID
Akan datang Surah Al-Masad...
Rujukan.
http://binaalquran.wordpress.com/.
http://lelabu.com/.
http://qump.bluehyppo.com/.
http://www.shukom.com/buku.tajwid.html
Buku Ilmu Tajwid oleh Surur Shihabuddin An-Nadawi-(http://www.rehal.org) Pustaka Salam Sdn Bhd - RM20.
Buku Terjemahan Muqaddam oleh Ustaz Mohamad Najib Mohammed Khalid dll. Karangkraf -RM30.