Thursday, October 14, 2010

LANGKAH UNTUK MENJADI PEMANDU TEKSI

  1. Daftar kursus PSV kat mana2 sekolah memandu... kat METRO Subang yuran dia dlm RM 780 sampai lulus . Kalau tempat biasa (takde nama) dalam RM 250-RM480 je campur pemeriksaan kesihatan RM25 (RM50 pun ade).
  2. Setelah mendaftar, akan diberitahu bila masuk kelas kursus - 15jam (Kursus Pemanduan oleh JPJ 5 jam - akan dapat sijil (sijil dorang pegang-valid setahun je)
  3. Selesai kelas kursus, masuk exam (orang kata susah. sikit.. ramai kantoi sebab soalan tricky... ramai ambil 2 ke 3 paper... p/s: petua nak lulus.. baca dan fahamkan segala buku dan nota yang di bagi.. kena tahu berita semasa seperti bab pelancongan dan bab kementerian.. kena rajin baca surat khabar kalau repeat paper kena bayar RM 35 (sijil kursus cuma boleh pakai 1 tahun je lepastu kena ambik balik kelas kalau sudah setahun).
  4. Setelas lulus exam, kena masuk pulak kelas praktikal selama 8 jam selepas tu diadakan ujian praktikal oleh pihak JPJ iaitu Ujian Kon dan Ujian Jalanraya kemudian baru selesai.
  5. Bila dah dapat lesen PSV (tahunan rm20) tinjau syarikat teksi yang buat tawaran sewa/beli/jual teksi.... daftar dengan mereka sebab pemegang lesen baru tidak layak dapat permit bawa teksi... kena pakai permit syarikat.. kalau dah bawa teksi 3 tahun baru boleh apply permit bawa teksi dari JPJ. Kalau nak jimat, sewa aje teksi tu ( kena deposit (RM1500). Kalau kita menyewa maintenant syarikat tu tanggung, kita bawak dan bayar sewa je.
  6. Kadar deposit: antara RM 3000-RM 5000 (Jenis kereta baru/lama). Syarat: Memiliki lesen PSV yang sah. Tidak ada senarai hitam. Surat maklumat pemandu, boleh didapati di kaunter JPJ dengan mengisi borang beserta salinan IC dan bayaran RM10. Bil elektrik dan air (pengesahan alamat). 2 keping gambar passport untuk buat kad pemandu. selalunya pemohon akan dapat teksi dalam masa sebulan.
  7. Bawa teksi anda dan jangan lupa bayar sewa harian antara RM 36-RM 50++ 7. Pendapatan satu hari (8 pagi - 4 ptg) boleh dapat RM 100 (Minima).
  8. Kalau sudah setahun (tempoh 3 tahun) kena renew di JPJ dengan mengemukakan borang JPJL8 (pemeriksaan doktor RM10 jer) jangan lupa ambil resit pembayaran klinik sebagai bukti , pastikan lesen 'D' cukup setahun dan RM20 lepastu pergi JPJ berdekatan.

  • Petua: - Petua nak dapat good income.. jangaan tunggu orang kat bus stop .. jalan slow2 sekitar tempat yang anda cover tu... - Satu lagi petua orang pesan, jangan join orang yang suka lepak kedai kopi, main judi, tikam, layan bohsia... orang macam ni memang selalu sengkek tidak cukup duit padahal bawa teksi ni loaded tau kalau rajin menyimpan... - duit harian selain bayar sewa, kena simpan untuk masa depan.. kalau tak simpan, susah kalau tiba sangkut tak bawa teksi sehari (demam ke) - untuk maklumat lanjut, pergi ke syarikat teksi untuk tengok pakej yang mereka offer - dari sumber shamz


9 comments:

  1. salam sejaterah

    disini anda kata 8pg- 4ptg Rm100 (minima).
    kalau 5ptg -10 mlm boleh dapat pendapatan seperi ini?

    ReplyDelete
  2. iingin menjadi driver teksi KLIA2 tapi tidak tahu bagaimana caranya. Disini kami boleh membantu anda. Menjadi driver teksi KLIA2 di bawah syarikat kami menggunakan nissan sylphy. hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana untuk memohon dan sekiranya anda layak bantuan dana akan diberikan kepada peserta mengikut syarat. IRFAN KHAIRI 017-2764655 dari DMS dynamic sdn bhd

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tak faham point no 8. Apa yang perlu dibuat dlm setahun(tempoh 3 tahun. Boleh jelaskan.

    ReplyDelete