Monday, December 27, 2010

AYAM ORGANIK-Boleh Ternak di Rumah



Daun Mambu

Ayam Organik dengan Reban ringkasnya

Sekarang ini permintaan ayam organik semakin meningkat, makanan kesihatan ini menjadi pilihan orang ramai yang inginkan kualiti daging yang istimewa dan berkhasiat tinggi, harganya yang mahal dan kurang dipasaran menjadikan ianya satu perusahaan yang mempunyai potensi besar untuk pendapatan lumayan. Membela ayam organik tidaklah sesukar yang disangka, yang penting kita tahu cara pengendaliannya. Buat permulaan tak perlulah kita membina reban berteknologi tinggi seperti yang di usahakan oleh para penternak profesional. Hanya perlu reban biasa untuk ayam berteduh yang diperbuat dari kayu-kayu hutan atau kayu-kayu & papan terpakai berserta atap zing terpakai yang ringkas, cuma ada belanja sikit untuk membuat pagar mata punai, supaya ayam ternakan kita tidak keluar dari sarang dan terlindung dari binatang buas seperti biawak dll.

Projek ayam organik ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam kita, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana ialah pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia yang bahaya untuk tubuh kita.

Ayam organik ini tidak perlu disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, supaya ayam mereka cepat besar. Sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba yang di ekstrak kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan, daun mambu dan lain-lain digunakan sebagai sumber makanan dan antibiotik serta vaksin semulajadi.

Asas Campuran Makanan Ayam Organik

1) HABBATUS SAUDA ( Jintan Hitam-ada jual kat kedai india)-UBAT AYAM

2) TEMUKUT (Beras Hancur)

3) JAGUNG, PADI, UBI KAYU, HAMPAS/ISI KELAPA, KELEDEK, NASI

4) SERBUK IKAN (Kepala ikan bilis pun boleh)

5) HALIA (Dikisar & dikeringkan)

6) PANDAN (Dikisar & dikeringkan)

7) KUNYIT (dikisar & dikeringkan)

8) TULANG HANCUR ( Ikan,Ayam, Kambing & Lembu dll-Sumber kalsium utk tumbesaran ayam)

5) DAUN MAMBU (Untuk Vaksin)

6) AIR BEBAS KLORIN (sumber minuman)


CARA MEMBUAT MAKANAN ORGANIK TERNAKAN

BAHAN-BAHAN:
3 sudu jintan putih (ditumbuk halus)
½ cawan kari daging

1 tong dram jagung atau bahan-bahan asas makanan seperti diatas)
6 kg gula merah
3 kg garam
1 kg serbuk underground rock

CARA-CARA:
1. jagung tadi di kisar kasar

2. campur bahan2 lain di atas, TIDAK PERLU masukkan air
3. simpan dalam tong tersebut, peram 14 hari utk penapaian yg lengkap.
4. kalau keringkan, jadilah ia makanan kering

Selepas pemeraman matang (14hari), makanan ini sudah boleh diberikan pd ternakan samada diberikan sahaja/campur makanan lain@napier/ ambil jusnya dan masukkan dlm minuman.

http://duniaherbahpa.com/2008/07/artikel-ayam-organik-hpa/

http://harizamrry.com/2007/10/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/

Sunday, December 5, 2010

TASAWWUF-Pembina Akhlak Mulia


Dewasa ini manusia terdedah dengan senario penyakit hati yang perlu dirawat segera. Manusia berlumba-lumba mengejar duniawi dalam 'Survival" untuk terus hidup, Manusia terutamanya muslim sudah tidak yakin dengan kada' & kadar Allah SWT. Apa yang datang ambil dan apa yang nampak dikejar ibarat apa yang melintang patah yang membujur lalu yang penting dapat tanpa mengenal haram, dosa, syirik, kurafat dan berbagai lagi bentuk maksiat yang ditegah. Sikap amarah menjadi permainan hidup dalam menjalani kehidupan. Kerana tekanan demi tekanan menghantui disegenap penjuru, menyebabkan hilang adab dan kesopanan. Sifat 'IHSAN' telah hilang sedikit demi sedikit dari jiwa manusia. Jika manusia kembali kepada jalan Allah SWT melalui panduan kehidupan yang disarankan oleh sunnah Rasulullah, manusia pasti hidup bahagia walaupun tanpa harta menggunung atau kediaman bertingkat-tingkat. Kesederhanaan paling utama dalam serba serbi yang penting kita harus faham apa tujuan kita dihidupkan didunia ini, iaitu menyembah ALLAH SWT serta membuat apa yang disuruh olehNYA dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Manusia kini sudah jauh dari Nur Islam, akhlak yang baik dituntut dalam Islam, kerana mempunyai akhlak yang baik bukan sahaja mendapat ganjaran yang besar sisi Allah SWT malah menjamin manusia hidup harmoni dalam keluarga itu sendiri malah kesejahteran hidup sesama manusia didunia ini. Apa itu akhlak yang baik, akhlak yang baik boleh dipelajari dari sifat Rasullulah. Ianya digariskan melalui ilmu akhlak iaitu Ilmu Tasawwuf.

Tasawuf yang sebenar ialah berusaha untuk memilih akhlak sepertimana akhlak RasuluLlah SAW di dalam amalan, percakapan dan segala tindakan serta berpegang teguh dengan apa yang disampaikan oleh syarak iaitu dengan cara mematuhi segala perintah , menjauhi segala larangan dan menyerah diri kepada ketentuan qadha' dan qadar. Ahli tasawuf yang benar ialah seorang yang tidak beramal dengan sesuatu yang bercanggah dengan aula (utama) disamping menjauhkan diri daripada perkara haram dan makruh.

Ilmu tasawwuf selalunya dikaitkan oleh pengamalnya akan mendapat anugerah istimewa (Khawas)/karamah dari Allah SWT seperti ilmu laduni seperti firasat, khasaf, makrifat atau ilmu batin seperti boleh berjalan atas air, boleh pergi kesuatu tempat yang jauh dengan sekelip mata dan berbagai lagi dalam usahanya menghambakan diri kepada yang Esa. Sememangnya Allah SWT BERKUASA untuk menganugerahkan segala keistimewaan tersebut kepada insan yang dipilihNYA dengan keizinanNYA, namun keiklasan beribadat dan menjaga akhlak adalah paling utama. Janganlah mengharapkan sesuatu balasan atau keistimewaan dari ketakwaan kita terhadapNYA.

Pengertian terbaik mengenai Hakikat Tasawwuf adalah dari keterangan Ibnu Khaldun yang menyatakan "asal pokok dari ajaran tasawwuf itu adalah bertekun beribadat, berhubungan langsung pada Allah SWT, menjauhkan diri dari kemewahan duniawi, tidak suka pada harta dan tuah yang diburu orang ramai dan bersunyi sunyi diri dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT " Kesimpulannya bermaksud iaitu menghindarkan diri daripada kelazatan dunia, membersihkan jiwa dan berusaha mencapai cinta Illahi dalam ruang lingkup ketinggian rohani dan mujahadah nafsu.

Ilmu tasawuf adalah cabang ilmu islam yang utama selepas ilmu Tauhid & Fekah.Ilmu tauhid (Iman)membahaskan soal l' tikad mengenai ketuhanan, hari akhirat dan sebagainya, Ilmu fekah ( fiqih)) (tanda keislaman)iaitu membahaskan soal ibadat zahir seperti solat, puasa , zakat , haji dll dan Ilmu tasawuf (menjadi Ihsan) iaitu bertugas membahas soal berkaitan dengan akhlak dan budi pekerti iaitu merangkumi cara-cara ikhlas, kusyu', tawadhu, muraqabah, mujahadah, sabar, ridha, tawakal dll.

Orang islam dianjurkan supaya beri'tikad sebagaimana diatur dalam ilmu tauhid, beribadah sebagaimana diatur dalam ilmu Fiqih dan supaya berakhlak sesuai dengan ilmu Tasawwuf (Budi pekerti mulia, Kesucian hati yang bersih & Rohaniyah(mendekatkan diri dengan Maha pencipta).

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqh tetapi tidak menjalani tasawuf maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqh maka bagaimanakah dia boleh menjadi baik? Kedua-dua ilmu (Fekah & Tasawwuf) ini mempunyai hubungannya yang tersendiri. Sebagai contoh mudah: Untuk mengerjakan solat, seseorang Islam itu perlu mempelajari rukun serta syarat solat terlebih dahulu. Pembelajaran ini termasuk di dalam ilmu fiqh. Namun jika seseorang itu inginkan solat yang sempurna dan berkualiti, maka mereka perlu khusyuk ketika menunaikan solat. Khusyuk pula termasuk di dalam ilmu tasawuf.

Jadi tasawuf adalah program pendidikan yang menumpukan perhatian kepada pembersihan jiwa manusia daripada seluruh penyakit-penyakitnya yang menjauhkan manusia dari ALLah subahanahu wa ta'ala dan membetulkan kelakuan dan perilaku yang menyimpang dalam segala hal yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan ALlah subahanahu wa ta'ala, hubungan sesama manusia dan dengan ego diri. Tarekat tasawuf adalah lembaga yang melaksanakan pembersihan jiwa dan pelurusan perilaku tersebut. Manakala syeikh adalah khadim atau ustaz yang bertugas melakukan hal itu bersama penuntut atau murid.

Jiwa manusia pada tabiatnya merupakan tempat yang di dalamnya terhimpun pelbagai penyakit-penyakit seperti sombong, 'ujub (bangga diri/bongkak), angkuh, egois, kikir (kedekut), marah, riya' (menunjuk-nunjuk), dorongan maksiat dan derhaka, hasrat memuaskan diri dan membalas dendam, benci, dengki, menipu, tamak, dan loba.

Allah SWT berfirman dalam mengungkapkan perkataan isteri al Aziz (penguasa Mesir) yang bererti :
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), sebab sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Yusuf:53)

Oleh itu, orang-orang yang awal daripada para pendahulu kita bersikap arif dan cerdas memandang pentingnya pendidikan akhlaq dan membersihkan peribadi daripada penyakit-penyakit ego agar dapat berjalan selaras dengan masyarakat dan beruntung di dalam melangkah menuju Tuhannya.

Istilah-istilah Tasawwuf

1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan itu.

2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati, tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.

3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.

4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.

5. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama ada ianya benar ataupun tidak.

6. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

Antara ajaran tasawwuf adalah sebagai berikut:

1. Taubat (menyesali atas segala kesalahan & 'Ibrah, yakni mencari cari kesalahan sendiri dan menyesali
serta berjanji tidak mengulanginya lagi)
2. Mujahadah (bersungguh-sungguh beribadat)
3. Khalwat dan Uzlah (bersunyi sunyi dalam melaksanakan ibadat)
4. Taqwa (takutkan Allah SWT,jauhi dari kemurkaaNya iaitu taat pada perintah & laranganNya)
5. Warak (menjauhkan diri dari maksiat dan subhat)
6. Zuhud (anti keduniaan yang berlebihan)
7. Shamat (pendiam-hindarkan dari bercakap kosong)
8. Khauf (takut kepada siksa Allah SWT)
9. Raja' (mengharap rahmat dan keampunan Allah agar diterima segala amalannya)
10. Hazan (membiasakan berdukacita)
11. Ju'wa Tarkus Syahwat (membiasakan lapar dan menahan shahwat)
12. Khusu' dan Tawadhu' (tenang hati dan merendah diri & jaukan dari sifat takbur)
13. Mukhalafatun Nafsi (melawan hawa nafsu)
14. Qana'ah (mencukupkan yang ada)
15. Tawakkul (tawakal kepada Allah SWT; berserah serta rela diatas segala apa yang dikehendaki oleh Allah SWT)
16. Syukur ( berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat)
17. Yaqin (keyakinan yang teguh)
18. Sabar (tahan menderita: jauhkan sikap amarah)
19. Muraqabah (berhadap-hadapan dengan Allah SWT)
20. Ridha (senang hati menerima segala yang ada & menerima kada Allah)
21. Ubudiyah (mengabdi kepada Allah SWT)
22. Iradah (Kemauan: ingin memulakan/melakuan sesuatu amalan baik)
23. Istiqamah (tetap: berpendirian teguh & keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran)
24. Ikhlash (ikhlash kerana & untuk Allah SWT & jauhkan sifat riak)
25. Shiddiq (benar; benar dalam pengucapan & perbuatan)
26. Haya' (pemalu: malu kerana kekurangan-kekurangan diri dalam ibadat)
27. Dzikir ((mengingati Allah SWT)
28. Al Futuwah (mempersiapkan diri untuk berkorban)
29. Firasah (Firasat-berwaspada dengan firasat orang mukmin)
30. Khulq (akhlak yang baik)
31. Jud was Sakha (pemurah tidak kikir)
32. Ghirah (cemburu-menyayangi selain dari Allah SWT)
33. Wilayah (kewalian-melalui ma'rifah: mengenal Allah SWT dengan sempurna (wahdaniyat Allah)
34. Doa (mohon kepada Allah SWT)
35 Fiqr (kemiskinan)
36. Hudur al-qaib (jangan lalai )
37. Al-Ta'zim (merasa dan menyedari keagungan dan kehebatan serta kemuliaan Tuhan)
38. Mahabbah (mencintai akan Allah SWT dan Nabi-melalui tafakkur dan zikrullah)
39. Zikr al-Maut (sentiasa mengingati mati-pendorong untuk sentiasa beribadah dan membuat kebajikan)

Tasawuf itu dari satu sudut merupakan peningkatan tahap keimanan dan kesempurnaannya. Apabila tasawuf itu dicapai dan dirasai hakikatnya ia akan menimbulkan suatu keadaan kejiwaan di mana seseorang itu merasa kasih dan bertanggungjawab terhadap semua manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Mengenai perkara ini Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “tidak beriman seseorang kamu itu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dikasihinya untuk dirinya sendiri”. Demikian juga Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain adalah seumpama binaan di mana sebahagiannya memperteguhkan sebahagian yang lain”.Dengan kata lain, hakikat sebenar tasawuf itu ialah tercapainya kebersihan diri, zahir dan batin. Kebersihan zahir membawa maksud keterikatan anggota lahiriah manusia dengan peraturan atau hukum-hukum agama iaitu apa yang diistilahkan sebagai `ibadah. Kebersihan batin pula bermaksud kebersihan hati dari sifat-sifat tercela (takhalli) dan terhiasnya ia dengan sifat-sifat terpuji (tahalli) iaitu apa yang disebut sebagai `ubudiyyah. Manakala kemuncak kebersihan batin manusia itu ialah terbuangnya sesuatu yang lain dari Allah dari lubuk hati dan nyata kebenaran Allah di cermin hati itu (tajalli) iaitu apa yang dinamakan `ubudah. Kebersihan batin inilah yang membawa kepada tercapainya darjat ihsan seperti yang digambarkan dalam hadis.

Amalan tasawwuf

Adapun amal yang menghasilkan tasawuf itu ialah amal yang berfungsi membersih dan mentawajjuhkan hati kepada Allah iaitu apa yang diistilahkan sebagai mujahadah dan riyadah. Amalan, tata-cara, adab-adab serta tunjuk-ajar dalam melaksanakan mujahadah dan riyadah inilah yang dinamakan tarekat. Mengenai amal tarekat ini, ulama tasawuf menjelaskan bahawa tarekat itu ialah engkau mengqasadkan hatimu kepada-Nya. Iaitu bermaksud, tarekat itu ialah berusaha sedaya upaya mentawajjuh dan menumpukan tumpuan hati kepada Allah menerusi amalan yang dilaksanakan. Apabila tawajjuh hati mula dicapai dan dirasai serta menjadi semakin kuat dan teguh, ia akan membawa kepada penyaksian batin (mushahadah) terhadap hakikat-hakikat tauhid iaitu apa yang disebut hakikat. Mengenai hakikat ini ulama tasawuf menjelaskan bahawa hakikat itu ialah engkau menyaksikan-Nya.


Intipati dari semua amal mujahadah dan riyadah yang membawa kepada tercapainya tasawuf itu ialah zikir. Menurut Ibn Qayyim, semua amal itu disyariatkan adalah untuk melaksanakan dhikrullah, iaitu apa yang dimaksudkan dengan amal-amal itu ialah dhikrullah. Menurut beliau lagi, tidak ada jalan untuk mendapatkan ahwal dan ma`rifah itu kecuali menerusi zikir. Zikir sebagai amal penting dalam riyadah dan mujahadah ini dapat dilihat kebenarannya dalam banyak pertunjuk Nabi s.a.w. kepada para sahabat r.a. Dalam satu riwayat, Nabi s.a.w. ada menganjurkan para sahabat supaya memperbaharui iman. Mereka bertanya tentang cara bagaimana iman itu dapat diperbaharui. Nabi s.a.w. menjelaskan dengan sabda baginda yang bermaksud “perbanyakkan menyebut La ilaha illallah”. Memperbaharui iman itu bukan bermaksud menambah kepercayaan-kepercayaan baru, tetapi bermaksud memperteguh, memperdalam dan memperhalusi keyakinan sehingga hakikat-hakikat tauhid yang diimani dapat disaksikan kebenarannya oleh matahati. Caranya ialah selalu mengulangi kalimat tauhid sehingga ia tertanam teguh dalam hati sanubari.


Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. pernah mentalqinkan kalimat tauhid ini kepada sekumpulan sahabat. Shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa kami berada di sisi Nabi s.a.w. ketika baginda bersabda “angkatkan tangan-tangan kamu, lalu katakanlah La ilaha illallah”.


Kesimpulan
Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa tasawuf itu sebenarnya merupakan pencapaian martabat ihsan yang merupakan jiwa agama. Ia adalah satu dari tiga tunggak utama agama Islam. Pencapaian martabat ini bukan sahaja memperteguhkan hubungan seseorang itu dengan Tuhannya dalam bentuk peningkatan nilai keimanan, ibadah dan akhlak, malah juga hubungannya dengan sesama manusia dalam bentuk kewujudan rasa hormat menghormati, tanggungjawab dan keharmonian muamalah.

http://jomfaham.blogspot.com/

http://islambanjar.blogspot.com/

Buku tulisan Tengku Zulkarnain: Ajaran sesat Taimiyah, Salafi & Wahabi Jawapan kepada buku Rekod Merah AA Gym

Thursday, October 14, 2010

DIET AMALAN RASULLULAH SAW

1. JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan 
sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab 
terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, 
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. 
Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan 
kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah 
Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut 
sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya 
sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, 
anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN

A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, 
SEBALIKNYAMAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, 
BARU MAKAN NASI.

B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. 
BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA 
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL  DALAM 
BADAN AKAN BERGANDA.

D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cubalah… 
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.
karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan 
yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ 
sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita 
ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia 
yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum 
matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat 
mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang 
mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air batu) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari 
penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). 
Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti 
oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari 
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter 
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. 
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis 
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan 
bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali 
ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…

Sama-samalah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

LANGKAH UNTUK MENJADI PEMANDU TEKSI

  1. Daftar kursus PSV kat mana2 sekolah memandu... kat METRO Subang yuran dia dlm RM 780 sampai lulus . Kalau tempat biasa (takde nama) dalam RM 250-RM480 je campur pemeriksaan kesihatan RM25 (RM50 pun ade).
  2. Setelah mendaftar, akan diberitahu bila masuk kelas kursus - 15jam (Kursus Pemanduan oleh JPJ 5 jam - akan dapat sijil (sijil dorang pegang-valid setahun je)
  3. Selesai kelas kursus, masuk exam (orang kata susah. sikit.. ramai kantoi sebab soalan tricky... ramai ambil 2 ke 3 paper... p/s: petua nak lulus.. baca dan fahamkan segala buku dan nota yang di bagi.. kena tahu berita semasa seperti bab pelancongan dan bab kementerian.. kena rajin baca surat khabar kalau repeat paper kena bayar RM 35 (sijil kursus cuma boleh pakai 1 tahun je lepastu kena ambik balik kelas kalau sudah setahun).
  4. Setelas lulus exam, kena masuk pulak kelas praktikal selama 8 jam selepas tu diadakan ujian praktikal oleh pihak JPJ iaitu Ujian Kon dan Ujian Jalanraya kemudian baru selesai.
  5. Bila dah dapat lesen PSV (tahunan rm20) tinjau syarikat teksi yang buat tawaran sewa/beli/jual teksi.... daftar dengan mereka sebab pemegang lesen baru tidak layak dapat permit bawa teksi... kena pakai permit syarikat.. kalau dah bawa teksi 3 tahun baru boleh apply permit bawa teksi dari JPJ. Kalau nak jimat, sewa aje teksi tu ( kena deposit (RM1500). Kalau kita menyewa maintenant syarikat tu tanggung, kita bawak dan bayar sewa je.
  6. Kadar deposit: antara RM 3000-RM 5000 (Jenis kereta baru/lama). Syarat: Memiliki lesen PSV yang sah. Tidak ada senarai hitam. Surat maklumat pemandu, boleh didapati di kaunter JPJ dengan mengisi borang beserta salinan IC dan bayaran RM10. Bil elektrik dan air (pengesahan alamat). 2 keping gambar passport untuk buat kad pemandu. selalunya pemohon akan dapat teksi dalam masa sebulan.
  7. Bawa teksi anda dan jangan lupa bayar sewa harian antara RM 36-RM 50++ 7. Pendapatan satu hari (8 pagi - 4 ptg) boleh dapat RM 100 (Minima).
  8. Kalau sudah setahun (tempoh 3 tahun) kena renew di JPJ dengan mengemukakan borang JPJL8 (pemeriksaan doktor RM10 jer) jangan lupa ambil resit pembayaran klinik sebagai bukti , pastikan lesen 'D' cukup setahun dan RM20 lepastu pergi JPJ berdekatan.

  • Petua: - Petua nak dapat good income.. jangaan tunggu orang kat bus stop .. jalan slow2 sekitar tempat yang anda cover tu... - Satu lagi petua orang pesan, jangan join orang yang suka lepak kedai kopi, main judi, tikam, layan bohsia... orang macam ni memang selalu sengkek tidak cukup duit padahal bawa teksi ni loaded tau kalau rajin menyimpan... - duit harian selain bayar sewa, kena simpan untuk masa depan.. kalau tak simpan, susah kalau tiba sangkut tak bawa teksi sehari (demam ke) - untuk maklumat lanjut, pergi ke syarikat teksi untuk tengok pakej yang mereka offer - dari sumber shamz


Tuesday, June 1, 2010

Kaedah mengajar kanak-kanak berumur 2-3 tahun menulis

Mengajar kanak-kanak berumur 2-3 tahun untuk mengenal huruf bukannya mudah, tanpa ada panduan atau kaedah yang betul serta sesuai dengan tahap pemikiran mereka yang masih dalam alam kanak-kanak. Kebiasaan didalam umur sebegini mereka gemar menconteng tanpa arah tuju. Sebenarnya mereka mempunyai banyak idea dan berbagai imaginasi untuk diluahkan.Mereka mengenal berbagai visual disekeliling dan mula berimaginasi melalui apa yang mereka lihat, rasa dan hidu. Apabila kita memberi mereka alat tulis seperti pencil atau kapur tulis mereka akan menconteng secara semborono tanpa tujuan yakni mengikut imaginasinya. Sebenarnya mereka memerlukan kaedah yang sesuai untuk memulakan sesuatu garisan atau tulisan. Contoh yang terbaik adalah dengan memberikan mereka sampel garisan bertitik yang mempunyai bentuk untuk disambungkan. Bentukkan sahaja garisan bertitik itu dengan sesuatu abjad A contohnya, arahkan dengan lembut supaya mereka menyambungkannya, pasti mereka suka, lama -kelamaan mereka menjadi terbiasa, akhirnya mereka boleh menulis atau melukis tanpa panduan yang diberi. Untuk memudahkan kerja anda disertakan contoh untuk di cetak atau ditiru. Salin seberapa banyak yang boleh, lebih kerap anda memberikan mereka latihan, lebih cekap anak anda menulis. Selamat mencuba!


  • http://nelyainspiration.blogspot.com/2008/04/kaedah-fonetik.html
  • http://www.haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak.html
  • http://adikbijak.com/article/mengajar_anak_membaca_awal.html
  • http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30

Thursday, January 14, 2010

SEGMEN BUAT SENDIRI : Tips Cara Pengambilan Amah (MAID)

Pic Imigresen Putrajaya-direction naik tangga ke tingkat 2, sebelah kiri


Step 1:
Ambik Borang dimana anda berma
stautin (Shah Alam) Bayar Rm2 untuk 2 borang (Visa & Akuan)
Step 2:
Isi borang , sediakan
1. Surat kesihatan maid (dibawa oleh agen) 2. Gambar warna Suami isteri 3. Penyata gaji 3 bulan 4. Borang EA 5. Surat Mohon maid 4. Gambar Maid 2 keping (Untuk borang & Visa) 5.
Salinan Surat beranak Anak / Surat akuan kesihatan ( Pemohon diertikan sebagai penganjur)
Step 3
Buat 2 surat mati stem kat bangunan Peransang tingkat 11 (Jabatan Perolehan Cukai pendapatan) Cari kawan untuk tandatangan dibahagian saksi (tak perlu bawa saksi) Masuk terus ke sebelah kiri dan isi borang. Bayar RM 20
Step 4:
Hantar semua borang dengan mengambil nombor giliran kat tingkat 2 Kompleks PKNS.Kalau OK,tunggu 3 hari Mereka bagi satu surat.
Step 5:
Telepon pegawai dah siap atau belum. Kalau dah siap , dia orang suruh buat moneyorder RM445 Bawa borang kat kaunter nombor bersama money order. Dorang akan panggil dan bagi surat kebenaran.
Step 6:
Bila maid dah sampai, sila bawa dokumen & Passport ke
FEMOMA ( refer renew) dan buat pemeriksaan di klinik yang dipilih. Kalau ok, sihat . hantar passport ke imigresen untuk
di cop VISA. TAMAT





RENEW MAID

Step 1:
Ambik borang di mana klinik anjuran FEMOMA atau Pejabat FEMOMA
Step 2:
Isi, kepilkan Wang Pos RM190, Salinan Passport & Salinan permit kemasukan dari Imigresen (Klinik yang sah untuk pilihan ada kat internet FEMOMA)
Step3:
Hantarkan Dokumen ke Pejabat FEMOMA di Cawangan Kuala Lumpur, SOLARIS DUTAMAS, Kat Masjid Wilayah Jalan Duta, hantar dokumen kat pegawai bahagian informasi, pegawai tu akan check samaada dokumen lengkap atau tidak. Kalau ok dia bagi nombor..tunggu sekejap dan dapatkan surat kelulusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan
Step 4:
Bawa surat kebenaran & passport bersama maid ke klinik yang dipilih dan jalani pemeriksaan (Tiada Bayaran Lagi)
Step 5:
Tunggu Doktor talipon samada lulus atau tidak Ataupun check kat internet (FEMOMA website). Kat situ akan diberitahu Maid tu ok atau tak
Step 6:
Kalau lulus bawa dokumen dan passport ke imigresen pergi kaunter pertanyaan bagi passport katakan nak renew...pegawai minta Bank Draft atas nama Imigresen Malaysia berjumlah RM495 (buat dulu bankdraf tu supaya lancar segala urusan seterusnya) tunggu kejap dapat kelulusan renew
Step 7:
* Bila nak buat renew untuk FEMOMA check valid permit kat passport....kalau boleh 2 bulan sebelum tamat jabatan emegresen akan hantar surat untuk renew, pastikan buat femoma dulu dengan bayaran RM 190 salinan Passport lama & baru (original tak payah) dapatkan surat dari femoma kemudian hantar maid buat peperiksaan (refer step 4) next pergi emergresen dengan bayaran RM495 (Bankdraft/tunai pun boleh) bersama .


Kalau Nak Hantar Maid Bercuti Belikan Tiket (Pastikan passport maid dicatatkan nama & alamat majikan supaya memudahkan dia kembali ke Malaysia (pergi ke emegresen untuk cop nama & alamat majikan) , Hantar Ke Airport Kalau Maid Berhenti/Tamat Tempoh, Sila Pergi Ke Imigresen Lakukan:

Step 1:
Bawa Passport dan tiket penerbangan dan pergi tingkat 2 bahagian pekerja asing, ambik no katakan nak dapatkan pass surat pelepasan dari imigresen. Tunggu sekejap nanti di bagi 3 salinan surat pelepasan. 1 untuk simpanan majikan 2 untuk dipegang oleh maid.
Step 2:
Hantar maid ke Airport (AIRASIA), tanya bahagian kaunter pertanyaan macamana nak check-in , dia akan bagitahu link maner.kita masuk link dan masukkan bag laggage untuk di scan. Lepas tu masuk kedalam, bawa beg ke kaunter yang bertulis destinasi yang dituju. Tunjukkan tiket, nanti dia suruh letak beg atas troler dan pasangkan tag penerbangan...(tulislah something kat situ kalau mahu) dan dia akan beritahu pintu maner nak masuk.
Step 3:
Bila time masuk dah tiba (selalunya 1 jam lebih awal) bawa maid tu masuk ke pintu keluar dan pastikan maid bagi surat pelepasan kepada pegawai kat situ Dia akan diperiksa oleh pegawai kat situ.....

TAMBAHAN

Check Out Memo (C.O.M) / Memo periksa keluar

- Sebelum cukup 2 tahun kontrak tamat, jika bibik balik ke Indonesia, samada anda pecat, atau lari, atau pulang sukarela, atau pulang kerana hal peribadi (kematian keluarga) dan anda tidak membuat check-out memo dan bibik TIDAK kembali ke Malaysia, maka ia dikira kes lari (walau apa pun alasan anda)

Maka anda tidak boleh ambil bibik baru dan bibik yg lari tu tak boleh datang ke malaysia bekerja dgn org lain.

Anda kena buat
============
1) Laporan polis mengatakan bibik pulang dan tidak kembali ke Malaysia, supaya anda tidak bertanggungjawab keatas diri bibik dimasa2 akan datang. Report RM2 shjh

2) Di Imegresen, anda akan diberi borang Melarikan Diri/Balik Tanpa Check-out-memo. Isikan dan anda kena bayar RM250.

Selepas tu, both majikan dan Bibik clear semula dalam sistem Imegresen.


===============
Jika kontrak tamat 2 tahun, dan anda nak menghantar bibik pulang (tak renew bekerja dgn anda), pun anda kena ke Imigresen dan isikan check-out memo.

- Perlukan Tiket pulang sebagai bukti
- Passport Bibik (tak sure bibik kena ikut serta atau tidak)